pic1

Nota :  Al-Quran Digital ini hanyalah sebagai alat bantuan belajar. Bagaimana pun, anda dinasihatkan merujuk dan belajar Al-Quran dengan mereka yang PAKAR.

Saudara & Saudari yang dihormati,

Di zaman moden ini, sebagai rakyat dalam negara yang maju, kita haruslah seiring dengan teknologi semasa, mungkin ada di kalangan kita yang lansung tidak tahu membaca Al-Quran, dan apabila sudah dewasa kita malu untuk menuntut ilmu dengan ustaz atau ustazah. Atau juga kita tidak ada masa. Oleh itu, dengan adanya Al-Quran Digital, ini adalah pilihan yang tepat, untuk diri kita belajar dan mengajar anak-anak membaca Al-Quran atau sesiapa sahaja yang ingin belajar membetulkan makhraj dan tajwid bacaan Al-Quran. Di sini, saya jelaskan tentang Al-Quran Digital  MODEL PQ15 ini adalah versi yang terbaru Al-Quran Digital, Model ini mempunyai Pen Reader, pen yang boleh membaca Al-Quran tetapi ia tidak boleh menulis. Pen Pembaca bertindak sebagai scanner atau pengimbas kepada huruf-huruf yang dicetak pada naskah Al-Quran. Apabila pen ini disentuh pada mana-mana ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, secara automatik pen tersebut akan menyebut dan membacanya dengan tepat dan jelas. Pen ini mampu menyimpan hampir 480,000 kod tetapi ia tidak berfungsi pada Al-Quran biasa kerana tidak memiliki kod. Naskah Al-Quran itu pula diperbuat daripada kertas yang mempunyai kod. Bagaimanapun, pada mata kasar kod-kod berkenaan tidak kelihatan. Ia hanya boleh dilihat sekiranya mengguna kanta pembesar. Pengguna boleh nampak dengan jelas grid yang ada di belakang tulisan pada al-Quran tersebut. Pada grid berkenaan, dimasukkan kod tertentu dan apabila pen diletakkan, alat pengimbas yang padanya akan mencetuskan bunyi tertentu berdasarkan kod tertentu. Selain itu apa yang lebih penting, Al-Quran Digital yang pihak kami edarkan ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Pengesahan No siri KDN : PQ/Q.1001/2.2/QC/427/61/2012.

set quran digital

Keistimewaan set lengkap Al-Quran Digital Read Pen PQ15 ini mengandungi IQRA’ beserta Muqadam untuk anak-anak atau anda yang belum lancar dan mahir membaca Al-Quran untuk belajar dan menyemak bacaan. Kesemuanya boleh menggunakan Read Pen dan mengeluarkan Audio.

manual

buku-buku

  1. Buku “SAHIH AL-BUKHARI” – Koleksi Hadith Sohih yang boleh dibaca & disentuh dengan Pen Reader
  2. Buku “QAIDA NOORANIA” – Buku Muqaddam & Iqra’ Asas sangat sesuai untuk anak-anak dilengkapi huruf hijaiah beserta tajwid, panduan azan dan solat, doa harian bergambar serta surah-surah pilihan. Juga boleh dibaca & disentuh dengan Pen Reader.
  3. Buku “HAJJ & UMRAH” – Buku panduan Haji dan Umrah sebagai persediaan mereka yang ingin ke Tanah Suci.
  4. Buku “HISNUL MUSLIM” – Mengandungi himpunan doa-doa pilihan. Juga boleh dibaca & disentuh dengan Pen Reader.
  5. Buku “TALKING DICTIONARY” – Kamus pelbagai bahasa. Juga dikenali sebagai Travel Dictionary bagi memudahkan anda berkomunikasi ketika melancong ke luar negara. Juga boleh dibaca & disentuh dengan Pen Reader.

qari quran   sah harga

order